Rabu, 22 April 2020

Apakah Pembiyaan ASB Dan Kelebihannya?

Pembiayaan ASB adalah pinjaman bertempoh terjamin yang dikira berdasarkan kadar faedah berubah yang diberikan kepada peminjam individu/individu bersama untuk membiaya pembelian Unit Amanah Saham Bumiputera atau Unit Amanah Saham Bumiputera 2 daripada Amanah Saham Nasional Berhad.

Istilah atau rujukan “Unit ASB” bermaksud Unit Amanah Saham Bumiputera atau Unit Amanah Saham Bumiputera 2, yang mana berkenaan, yang dibeli dan dibiaya oleh Bank dan yang disandarkan dan/atau diberikan dan/atau dicagarkan untuk dan/atau didepositkan dengan Bank sebagai sekuriti.

Pelan Group Amanah Saham Assurance (GASA) adalah satu pelan insurans pilihan yang anda boleh sertai bagi melindungi Pembiayaan ASB anda. Pelan GASA ini ditajajamin dan dikeluarkan oleh syarikat insurans/takaful yang berlesen.

Apakah yang saya perolehi dari produk ini?
a) Jumlah Pinjaman : RM 200,000.00
b) Jumlah Sijil : 200000 unit Amanah Saham Bumiputera / Amanah Saham
Bumiputera 2
c) Kadar Faedah : Kadar Asas (KA) + 1.30% setahun
d) Kadar Faedah Semasa : 3.90% + 1.30% = 5.20% setahun
e) Tempoh Pinjaman : 30 tahun

3. Apakah obligasi saya sebagai peminjam? 

Kadar semasa KA = 3.90% 

Bayaran balik bulanan : 

Kadar Faedah Kadar Asas + 1.30% setahun
Amaun Ansuran (RM) 1,098.00
Tarikh Efektif  01-Ogos-2016 sehingga penyelesaian penuh akaun 

Jumlah faedah keseluruhan pada akhir tahun ke 30 : RM 195,280.00 
jJumlah keseluruhan yang anda perlu bayar termasuk jumlah pinjaman : RM 395,280.00rr

Sabtu, 19 November 2016

Ketahui Bagaimana Nak Dapatkan Dividen Tabung Haji Yang Tinggi Menggunakan Dividen ASB

Bagi pelaburan ASB Financing , ramai yang menggunakan teknik ulangan iaitu bayar satu tahun saja lepas tu dah dapat dividen, guna dividen untuk bayar balik ansuran. Ada yang ambil dividen terus bayar setahun untuk ansuran ASB Financing. Bagi aku itu langkah kurang yang menguntungkan. Nak tahu macam mana nak dapat lagi duit tambahan? Ini adalah cara yang boleh digunakan jika kau orang buat pelaburan pembiayaan ASB guna Maybank. 

Yang buat Standing Instruction.
1. Bawa buku Tabung Haji
2. Pergi mesin ATM Maybank. 
3. Masukkan kad ATM Maybank
4. Pilih Tabung Haji
5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
6. Masukkan Nombor Siri Buku
Tadddaa... Akaun Tabung Haji anda diaktifkan dalam Maybank2u.

Bila sudah dapat dividen ASB pada awal tahun Januari :
1. Pindahkan dividen ASB (buku biru) ke dalam akaun Maybank di kaunter Maybank. Tidak boleh dibuat secara online.
2. Buka Maybank2u.com.my dan pindahkan dividen ASB ke dalam akaun Tabung Haji menggunakan pilihan Pindahan Dana Antara Akaun Sendiri (Maybank ke TH)
3. Tiap 1 hari bulan, pindahkan jumlah yang perlu dibayar ansuran ASB Financing daripada akaun Tabung Haji ke dalam akaun Maybank balik.

Apa kelebihan teknik ni? Apa yang anda buat adalah seperti parking duit dividen ASB ke dalam Tabung Haji dan pindahkan ke dalam Maybank tiap akhir bulan untuk bayar ansuran ASB Financing. Dengan cara itu, anda akan dapat duit dividen Tabung Haji menggunakan dividen ASB. Point dia disini ialah kalau nak bayar guna teknik ulangan, jangan bayar sekali gus. Cari parking dividen ASB yang baik punya dulu. Tak kisahlah nak parking dekat ASB ke ASB 2 ke, AHB ke, Tabung Haji ke. Akhirnya, kita akan dapat sedikit duit tambahan.

Contohnya jika buat pembiayaan ASB RM200K dengan Maybank, dan lepas setahun anda akan dapat dividen RM14,500 jika dividen diumumkan 7.25%. Jika anda dapat dividen RM14,500 dan terus masukkan RM14,500 dalam akaun Maybank, anda tak maksimakan keguaan duit itu. Baik disimpan atau 'parking' RM14,500 ke dalam Tabung Haji dulu. Kalau nak simpan dalam ASB, kemudian, setiap bulan keluarkan duit masuk dalam bank, kene ada masa untuk pergi bank setiap bulan.

Kalau nak keluarkan tiap tiga bulan pun boleh juga. Selebihnya simpan dalam ASB. Mana-mana okay, point aku kat sini, jangan bayar lumpsum dulu. Parking dividen dekat yang boleh jana lagi duit. Di dalam gambar tu ada anggaran anda akan dapat dalam RM421 jika dividen Tabung Haji diumumkan 6.3%. Mungkin anda akan dapat RM400++ tiap tahun jika buat cara ni. Boleh la kan. Sekali bayar. Tiap tahun dapat RM400. Caranya mudah. Hanya klik klik tiap akhir bulan. Kos hanya RM1.06 setiap transaksi. RM1.06 X 12 bulan baru RM12.72.

Dan sekarang dah ada ASB 2 Financing. Eloklah anda buat ASB 2 Financing pula. Setakat ni bank yang menawarkan ASB 2 Financing,
Maybank: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.2%
CIMB: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.0% - 5.2%
Affinbank: Tenure: 30 tahun, 5.0% - 5.15%

Dan jika mampu simpan RM285 je tiap bulan? Jangan risau, buat ASB Financing RM50K dulu. Dah dapat dividen. Tambah lagi RM50K. Komitmen masih RM285 kan.
Tahun Pertama: ASB Financing RM50K
Tahun Kedua: ASB Financing RM50K
Tahun Ketiga: ASB Financing RM100K

Lagi jimat masa. Dapat dividen tambah ASB Financing. Jangan nak enjoy lak. Bagi maksimum volume dulu. Komitmen masih sama. Teknik ni antara pilihan yang sedia ada. Boleh kekalkan dalam ASB, ASB 2 jika malas nak main klik klik kan. Tapi macam aku memang tak ada masa nak ke bank tiap bulan nak keluarkan dividen ASB. Nak tunggu lagi, kos minyak lagi. Baik duk depan PC main klik klik je. Tiap tahun dapat RM400++ dapat buat lepas roadtax, insurans kereta okay dah.

Dan jika ASB Financing di bank lain, kau orang boleh keluarkan dividen ASB setiap tiga bulan sekali dan simpan dalam bank tu. Apa yang saya nak tekankan ialah, janganlah bayar sekali gus untuk setahun. Bertindak bijak. Tahan semampunya dalam ASB tu. Ramai orang nak melabur tapi malas nak upgrade ilmu. Malas nak belajar ilmu baru. Malas nak buat itu ini. Tapi nak cepat kaya. Ramai dah dapat dividen terus masukkan dalam bank bayar setahun. Sebabnya malas nak buat itu ini. Rugi woo jika RM400++ buang begitu saja.

Kalau semua kau orang malas. Mereput la kau orang duk takuk yang lama. Semua orang dah kebebasan kewangan. Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat.😄. Kah!

Ahad, 23 Oktober 2016

Cara Pengiraan Dividen ASB dan Pengiraan Pro Rata



Ramai orang selalu tak paham mengenai cara mengira dividen ASB mereka apabila simpanan tidak cukup 1 tahun. Dividen dalam dana ASB & ASB2 di kira secara penuh jika simpanan cukup satu tahun. Tetapi itu tidak bermaksud jika simpanan itu tidak cukup setahun, penyimpan tidak dapat dividen. Penyimpan akan dapat dapat dividen secara pro rata. 

Bank mengambil masa dari 2 hingga ke 4 minggu untuk memproses dokumen permohonan ASB financing. Kalau kita ada merancang untuk memohon dan mulakan pembayaran bulanan kita pada bulan Januari, ambil peluang sekarang untuk bertindak. Tempoh bermulanya bayaran balik adalah bergantung kepada tarikh disbursenya pinjaman kita. 

Contoh,
Pinjaman yang lulus sebelum 15 haribulan, bayaran balik bermula pada 1 haribulan berikutnya
Pinjaman yang lulus selepas 15 haribulan, bayaran balik bermula pada 1 haribulan 2 bulan berikutnya

Oleh itu, kalau nak mulakan bayaran balik pada 1 haribulan Januari 2017, pinjaman ASB kita mesti lulus sebelum 15 haribulan Disember 2016 dan permohonan mesti dihantar selewat lewatnya 1 November. Memandangkan bank mengambil masa selama 2 hingga 4 minggu untuk memproses permohonan, kini adalah masa kecemasan untuk berbuat demikian.

Kenapa perlu mulakan bayaran balik pada bulan Januari? Disebabkan pengagihan dividen ASB bersifat pro-rata, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan seoptimum mungkin dari dividen tersebut. 

Contoh,
ASB financing 200K bermula pada 1hb Mac dengan andaian dividen 7.5% (10 bulan)
Dividen = RM200K x 7.5% x 10/12 = RM12,500
ASB financing 200K bermula pada 1hb Januari (12 bulan)
Dividen = RM200K x 7.5% x 12/12 = RM15,000
Rugi RM2,500 jika lambat bertindak. Semoga membantu.

Isnin, 17 Oktober 2016

Bagaimana Cara Pengiraan Dividen dan Bonus ASB ?



Pasti ramai ingin tahu bagaimanakah cara pengiraan dividen dan bonus ASB 2015 kan? Merujuk kepada ASNB Care, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Januari setiap tahun. Berikut adalah cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang betul:

(a)Pengagihan Pendapatan 
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2015:
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2015 hingga Disember 2015 x 7.25%
                                      12 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan.
  • Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2015 sehingga Disember, 2015 (12 bulan).
  • Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
  • Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

Pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 2015 adalah sebanyak 7.25 sen seunit
Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan sebelum atau pada 1 haribulan dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan berikutnya.

(b)Bonus
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

 Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2015:

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2015    X   0.50%
                                               120 Bulan

  • BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2006 hingga Disember 2015 (120 bulan)  dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
  • Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Ÿ  Bonus bagi tahun kewangan berakhir 2015 adalah sebanyak 0.50 sen seunit


Yang Mana Lagi Untung? Pinjam Atau Simpan Sendiri Dalam ASB?

Perbandingan Loan ASB vs Simpan Sendiri yang mana lagi untung?

Kita ambil contoh jika kita buat loan ASB 200K, dan bayar 1,162 sebulan.

Tahun dan Jumlah Simpanan
1. 215000
2. 231125
3. 248459.4
4. 267093.8
5. 287125.9
6. 308660.3
7. 331809.8
8. 356695.6
9. 383447.7
10. 412206.3
11. 443121.8
12. 476355.9
13. 512082.6
14. 550488.8
15. 591775.5
16. 636158.6
17. 683870.5
18. 735160.8
19. 790297.9
20. 849570.2
21. 913288
22. 981784.6
23. 1055418


Jika simpan sendiri RM 1,162
Amaun Dalam akaun ikut bulan
Bulan / Baki / Dividen pro rata secara bulanan
1/ 1162 /7.2625
2/ 2324 /14.525
3/ 3486 /21.7875
4/ 4648 /29.05
5/ 5810 /36.3125
6/ 6972 /43.575
7/ 8134 /50.8375
8/ 9296 /58.1
9/ 10458 /65.3625
10/ 11620 /72.625
11/ 12782 /79.8875
12/ 13944 /87.15
Total div 566.475

1/ 15672.48 /97.95297
2/ 16834.48 /105.2155
3/ 17996.48 /112.478
4/ 19158.48 /119.7405
5/ 20320.48 /127.003
6/ 21482.48 /134.2655
7/ 22644.48 /141.528
8/ 23806.48 /148.7905
9/ 24968.48 /156.053
10/ 26130.48 /163.3155
11/ 27292.48 /170.578
12/ 28454.48 /177.8405
Total div 1654.761
.
.
.
Pada tahun ke-15 bulan ke-4 compunding dividend and pokok dalam asb sudah mencapai principal=199,864;
cumulative dividen=143,834
TOTAL = 343,698
Start pada tahun itu anda tidak boleh menyimpan sendiri..so pada tahun ke-29 barulah dapat cecah jutawan..
Yearly figure

16. 397139.8602
17. 426925.3497
18. 458944.7509
19. 493365.6072
20. 530368.0278
21. 570145.6299
22. 612906.5521
23. 658874.5435
24. 708290.1343
25. 761411.8944
26. 818517.7864
27. 879906.6204
28. 945899.617
29. 1016842.088

So pada hujung tahun ke-29 barulah anda bergelar jutawan.

Conclusion dia.
Dengan loan anda akan bergelar Jutawan pada tahun ke-23 0r secara tepatnya pada tahun ke-24(consider loan amortization by 25years)
Tapi dengan simpan sendiri pada hujung tahun ke-29/tepatnya tahun ke-30 barulah anda bergelar jutawan..Lambat 5 or 6 tahunkan..

Tapi macamamana ROI dia?
Loan serve 24 tahun = 1160*12*24 = 334,080
Pada tahun ke-24 nilai bersih(tolak amortize) = 1,121,365
ROI = (1,121,365-334,080)/334,080 = 235.66%
Jika simpan sendiri
Total menyimpan sampai tahun ke-15 bulan ke-4 = 1162 x 172(tahun ke-15 bulan ke-4) = 199,864
ROI = (1,016,842 – 199,864)/199,864 = 408.76%

So memang tidak dapat dinafikan ROI simpan sendiri dapat tinggi berbanding dengan loan. Cuma proses untuk menjadi jutawan menjadi lambat. Dan kaedah loan ASB ada kelebihan dia sendiri selain mencepatkan proses jutawan adalah, berinsyurans,berdisiplin,kemudahan rolling OPM dan banyak lagi.

Apakah Pembiyaan ASB Dan Kelebihannya?

Pembiayaan ASB adalah pinjaman bertempoh terjamin yang dikira berdasarkan kadar faedah berubah yang diberikan kepada peminjam individu/indiv...