Ramai orang selalu tak paham mengenai cara mengira dividen ASB mereka apabila simpanan tidak cukup 1 tahun. Dividen dalam dana ASB & ASB2 di kira secara penuh jika simpanan cukup satu tahun. Tetapi itu tidak bermaksud jika simpanan itu tidak cukup setahun, penyimpan tidak dapat dividen. Penyimpan akan dapat dapat dividen secara pro rata.
Bank mengambil masa dari 2 hingga ke 4 minggu untuk memproses dokumen permohonan ASB financing. Kalau kita ada merancang untuk memohon dan mulakan pembayaran bulanan kita pada bulan Januari, ambil peluang sekarang untuk bertindak. Tempoh bermulanya bayaran balik adalah bergantung kepada tarikh disbursenya pinjaman kita.
Contoh,
Pinjaman yang lulus sebelum 15 haribulan, bayaran balik bermula pada 1 haribulan berikutnya
Pinjaman yang lulus selepas 15 haribulan, bayaran balik bermula pada 1 haribulan 2 bulan berikutnya
Oleh itu, kalau nak mulakan bayaran balik pada 1 haribulan Januari 2017, pinjaman ASB kita mesti lulus sebelum 15 haribulan Disember 2016 dan permohonan mesti dihantar selewat lewatnya 1 November. Memandangkan bank mengambil masa selama 2 hingga 4 minggu untuk memproses permohonan, kini adalah masa kecemasan untuk berbuat demikian.
Kenapa perlu mulakan bayaran balik pada bulan Januari? Disebabkan pengagihan dividen ASB bersifat pro-rata, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan seoptimum mungkin dari dividen tersebut.
Contoh,
ASB financing 200K bermula pada 1hb Mac dengan andaian dividen 7.5% (10 bulan)
Dividen = RM200K x 7.5% x 10/12 = RM12,500
ASB financing 200K bermula pada 1hb Januari (12 bulan)
Dividen = RM200K x 7.5% x 12/12 = RM15,000
Rugi RM2,500 jika lambat bertindak. Semoga membantu.