Bagi pelaburan ASB Financing , ramai yang menggunakan teknik ulangan iaitu bayar satu tahun saja lepas tu dah dapat dividen, guna dividen untuk bayar balik ansuran. Ada yang ambil dividen terus bayar setahun untuk ansuran ASB Financing. Bagi aku itu langkah kurang yang menguntungkan. Nak tahu macam mana nak dapat lagi duit tambahan? Ini adalah cara yang boleh digunakan jika kau orang buat pelaburan pembiayaan ASB guna Maybank.
Yang buat Standing Instruction.
1. Bawa buku Tabung Haji
2. Pergi mesin ATM Maybank.
3. Masukkan kad ATM Maybank
4. Pilih Tabung Haji
5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
6. Masukkan Nombor Siri Buku
4. Pilih Tabung Haji
5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
6. Masukkan Nombor Siri Buku
Tadddaa... Akaun Tabung Haji anda diaktifkan dalam Maybank2u.
Bila sudah dapat dividen ASB pada awal tahun Januari :
1. Pindahkan dividen ASB (buku biru) ke dalam akaun Maybank di kaunter Maybank. Tidak boleh dibuat secara online.
2. Buka Maybank2u.com.my dan pindahkan dividen ASB ke dalam akaun Tabung Haji menggunakan pilihan Pindahan Dana Antara Akaun Sendiri (Maybank ke TH)
3. Tiap 1 hari bulan, pindahkan jumlah yang perlu dibayar ansuran ASB Financing daripada akaun Tabung Haji ke dalam akaun Maybank balik.
Apa kelebihan teknik ni? Apa yang anda buat adalah seperti parking duit dividen ASB ke dalam Tabung Haji dan pindahkan ke dalam Maybank tiap akhir bulan untuk bayar ansuran ASB Financing. Dengan cara itu, anda akan dapat duit dividen Tabung Haji menggunakan dividen ASB. Point dia disini ialah kalau nak bayar guna teknik ulangan, jangan bayar sekali gus. Cari parking dividen ASB yang baik punya dulu. Tak kisahlah nak parking dekat ASB ke ASB 2 ke, AHB ke, Tabung Haji ke. Akhirnya, kita akan dapat sedikit duit tambahan.
Contohnya jika buat pembiayaan ASB RM200K dengan Maybank, dan lepas setahun anda akan dapat dividen RM14,500 jika dividen diumumkan 7.25%. Jika anda dapat dividen RM14,500 dan terus masukkan RM14,500 dalam akaun Maybank, anda tak maksimakan keguaan duit itu. Baik disimpan atau 'parking' RM14,500 ke dalam Tabung Haji dulu. Kalau nak simpan dalam ASB, kemudian, setiap bulan keluarkan duit masuk dalam bank, kene ada masa untuk pergi bank setiap bulan.
Kalau nak keluarkan tiap tiga bulan pun boleh juga. Selebihnya simpan dalam ASB. Mana-mana okay, point aku kat sini, jangan bayar lumpsum dulu. Parking dividen dekat yang boleh jana lagi duit. Di dalam gambar tu ada anggaran anda akan dapat dalam RM421 jika dividen Tabung Haji diumumkan 6.3%. Mungkin anda akan dapat RM400++ tiap tahun jika buat cara ni. Boleh la kan. Sekali bayar. Tiap tahun dapat RM400. Caranya mudah. Hanya klik klik tiap akhir bulan. Kos hanya RM1.06 setiap transaksi. RM1.06 X 12 bulan baru RM12.72.
Dan sekarang dah ada ASB 2 Financing. Eloklah anda buat ASB 2 Financing pula. Setakat ni bank yang menawarkan ASB 2 Financing,
Maybank: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.2%
CIMB: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.0% - 5.2%
Affinbank: Tenure: 30 tahun, 5.0% - 5.15%
CIMB: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.0% - 5.2%
Affinbank: Tenure: 30 tahun, 5.0% - 5.15%
Dan jika mampu simpan RM285 je tiap bulan? Jangan risau, buat ASB Financing RM50K dulu. Dah dapat dividen. Tambah lagi RM50K. Komitmen masih RM285 kan.
Tahun Pertama: ASB Financing RM50K
Tahun Kedua: ASB Financing RM50K
Tahun Ketiga: ASB Financing RM100K
Tahun Kedua: ASB Financing RM50K
Tahun Ketiga: ASB Financing RM100K
Lagi jimat masa. Dapat dividen tambah ASB Financing. Jangan nak enjoy lak. Bagi maksimum volume dulu. Komitmen masih sama. Teknik ni antara pilihan yang sedia ada. Boleh kekalkan dalam ASB, ASB 2 jika malas nak main klik klik kan. Tapi macam aku memang tak ada masa nak ke bank tiap bulan nak keluarkan dividen ASB. Nak tunggu lagi, kos minyak lagi. Baik duk depan PC main klik klik je. Tiap tahun dapat RM400++ dapat buat lepas roadtax, insurans kereta okay dah.
Dan jika ASB Financing di bank lain, kau orang boleh keluarkan dividen ASB setiap tiga bulan sekali dan simpan dalam bank tu. Apa yang saya nak tekankan ialah, janganlah bayar sekali gus untuk setahun. Bertindak bijak. Tahan semampunya dalam ASB tu. Ramai orang nak melabur tapi malas nak upgrade ilmu. Malas nak belajar ilmu baru. Malas nak buat itu ini. Tapi nak cepat kaya. Ramai dah dapat dividen terus masukkan dalam bank bayar setahun. Sebabnya malas nak buat itu ini. Rugi woo jika RM400++ buang begitu saja.
Kalau semua kau orang malas. Mereput la kau orang duk takuk yang lama. Semua orang dah kebebasan kewangan. Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat.
😄. Kah!
